Inilah PENDEDAHAN Tun Mahathir Yang Buat Ramai GELISAH… “Rakyat TAKUT, Saya Lagi TAKUT”.... !!

#Inilah PENDEDAHAN Tun Mahathir Yang Buat Ramai GELISAH… “Rakyat TAKUT, Saya Lagi TAKUT” !!!  | Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir...


#Inilah PENDEDAHAN Tun Mahathir Yang Buat Ramai GELISAH… “Rakyat TAKUT, Saya Lagi TAKUT” !!! | Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa “takut” apabila undang-undang negara ini didakwa tidak lagi melindungi rakyatnya.
1
Mengulas keputusan peguam negara berhubung kertas siasatan wang dana RM2.6 bilion dan SRC International, Mahathir berkata masyarakat juga “takut” untuk bercakap tentang sesuatu isu kerana terhalang dengan Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Menurut Mahathir, rakyat bagaimanapun ingin tahu kandungan laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) berkaitan isu sumbangan RM2.6 bilion ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak.
“Ramai orang mesti tahu kandungan kedua-dua laporan (SPRM dan BNM). Tetapi mereka semua telah melihat apa yang boleh berlaku walaupun apabila seseorang membuat laporan polis. Dan mereka takut.
“Saya juga takut. Di Malaysia, undang-undang dan peraturan tidak lagi melindungi rakyat. Sebagai contoh OSA digunakan untuk menghalang sesuatu laporan daripada sampai kepada rakyat. Sebaliknya, rakyat kini terdedah kepada penyalahgunaan OSA dan mereka mungkin akan dipenjara.
“ISA pun tidak takutkan rakyat sampai begini,” katanya dalam tulisan terbaru di blognya hari ini.
Selain itu, Mahathir sekali lagi membangkitkan persoalan tentang siapakah penyumbang dana sehingga sanggup memberikan sejumlah wang kepada Najib.
Malah, bekas pemimpin negara itu juga mempersoalkan tentang bila wang baki berjumlah RM2.03 bilion dikembalikan ke Arab Saudi dan dengan cara apa ia dilakukan.
“Saya betul apabila saya meramalkan bahawa peguam negara akan menolak laporan oleh SPRM seperti yang dilakukan kepada laporan Bank Negara.
“Ke mana kamu pergi, Malaysia?” soal Mahathir.
Semalam, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini berkata, tiada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh perdana menteri berhubung wang sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya serta siasatan berkaitan SRC International.
Sehubungan itu, Apandi berkata pihaknya akan memulang kembali kertas siasatan kepada SPRM dan mengarahkan supaya kertas siasatan tersebut ditutup serta tiada pendakwaan akan dibuat terhadap perdana menteri.
Malah, katanya lagi, Najib turut tidak melakukan sebarang unsur rasuah dan tidak menyalah guna kedudukannya dalam siasatan SRC International.
Bagaimanapun, SPRM “berkemungkinan besar” akan merayu terhadap keputusan peguam negara untuk menutup kes tersebut.
Memetik kenyataan Pengarah Operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohd Zin, The Star melaporkan beliau menganggap kes berkenaan sebagai “straightforward” (tidak kompleks). KREDIT MALAYSIA KINI.

Related

Politik 8299174064843967071

Post a Comment

emo-but-icon

User Online

item