Wajah Sebenar Suspek Bunuh Kakitangan BSN Di Telupid Sabah.

Dua lelaki diburu polis bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan seorang kakitangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang ditemukan mati...


Dua lelaki diburu polis bagi membantu siasatan berhubung pembunuhan seorang kakitangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang ditemukan mati di tangga bank berkenaan di Pekan Telupid di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintenden V. Sivanathan berkata, suspek Mohammad Shahril @ Awin Syamsualam dan rakannya Lan Usman yang bekerja sebagai jaga itu masing-masing berusia 21 tahun.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek dipercayai terlibat dalam insiden serangan ke atas kakitangan BSN itu sehingga menyebabkan kematian.

“Bagaimanapun kita masih menyiasat motif serangan dan pembunuhan itu. Setakat ini, kedua-dua mereka gagal dikesan serta dipercayai menyembunyikan diri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran di talian 089-511222 bagi membantu siasatan.

Awal pagi semalam, seorang kakitangan BSN, Henry Edoos, 43, ditemukan mati dalam keadaan berlumuran darah dan terbaring di tangga bank berkenaan di Pekan Telupid di sini.

Mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dan bengkak di muka itu ditemukan orang awam yang lalu-lalang di kawasan bank berkenaan kira-kira pukul 6.30 pagi.

Related

Kisah Benar 5791090267146461513

Post a Comment

emo-but-icon

User Online

item